Setelah
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman
yang bermaksud.. “Tidak” Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah
selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
“Wahai
Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan
tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi
di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku
cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi
kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai
dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?” Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…
Kemudian
Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah
Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan
mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia
boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as
selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun
singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT
lalu ia berkata dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”
Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud.
“Wahai
Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .
Marilah
sama-sama kita fikirkan dan berusaha melaakukannya. Sesungguhnya Allah S.W.T
telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah
S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah
S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah
S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah
S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah
S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima
waktu).
6. Allah
S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
sumber : http://luvislam92.blogspot.com/2012/12/6-perkara-yang-allah-sembunyikan.html
Semoga
bermanfaat bagi para pembaca sekalian.
jangan lupa isi buku tamu+tinggalkan komen
jangan lupa isi buku tamu+tinggalkan komen
Artikel Terkait
0 komentar on 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan :
Posting Komentar